Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SAINS TAHUN 1
                       
HARI
Ahad
TARIKH
8 April 2012
KELAS
1  Amanah
MASA
7.45  -  9.15 Pagi
BILANGAN MURID
37 Orang
TAJUK
Hidup atau benda bukan hidup
STANDARD KANDUNGAN
1.1    Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1  Mengenal benda hidup dan benda bukan hidup
1.1.3  Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan

ALAT BANTU MENGAJAR
1.   Kad bergambar
2.   Kad imbasan - benda hidup dan benda bukan hidup
3.   Lembaran kerja 1 - Penilaian
4.   Lembaran kerja 2 - Penilaian
5.   Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6.   Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7.   Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8.   Lembaran kerja 6 - Pengayaan

AKTIVITI
(SET INDUKSI)


















(LANGKAH 1)


















































(LANGKAH 2)













1. Murid dibimbing oleh guru menamakan semua benda yang ada di sekeliling mereka berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada.  Aktiviti inkuiri penemuan (luar bilik darjah).

1.1 Menama dan menyenaraikan benda–benda yang terdapat di kawasan kajian.

1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.


2.   Di bilik darjah

2.1 Guru menampal dua contoh gambar bagi benda hidup dan dua contoh gambar benda bukan hidup di ruangan yang disediakan pada papan hitam. (Guru belum memperkenalkan / menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)     

2.2 Murid menampal hasil lakaran masing-masing ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil menyoal

i. Kenapa saya mengumpul gambar-gambar ini ?
ii. Apakah persamaan gambar-gambar ini ?
iii. Apakah perbezaan pada gambar-gambar ini ?

2.3 Murid memberikan sebab mengapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut.

2.4 Pembetulan / pengelasan dibuat semula selepas sesi perbincangan untuk membuat pengelasan. (Murid dibimbing oleh guru mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk membuat pengelasan).


3. Murid diperkenalkan definisi benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.

3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan  pengelasan yang telah dibuat.


4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup.

4.1 Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan kotak / sampul yang mengandungi gambar.

4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar tersebut mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.

4.3 Ketua kumpulan datang di hadapan kelas untuk  membentangkan hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN
(PENUTUP)
Murid menyiapkan lembaran kerja 1 dan 2.

AKTIVITI PEMULIHAN
Guru membimbing murid untuk menguasai objektif pelajaran pada hari ini dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.

AKTIVITI PENGAYAAN
Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.

No comments:

Post a Comment